Tuesday, 9 October 2012

KUASA KATA

Gambar Ehsan Google
     Tanpa kita sedari,sesuatu yang cantik itu sebenarnya ikhlas..
Matahari dan bulan yang menerangi,sehijau mata tumbuhan yang bergunung
banyaknya,ombak yang ganas membadai pantai dan setenang sungai yang
mengalir.semua nya ihklas tanpa perlu kita bayar untuk menikmatinya
cuma cukup sekadar kita menghargainya..
      Bertahun kita didunia,sebermulanya nama tercatat dipohon
ARASH..Pernahkah kita seikhlas hati melakukan sesuatu perkara..
Sebesar mana keikhlasan kita itu?Adakah sebesar bumi ini?Seluas sinar
bulan dan matahari?
Sedari kecil telah diajarkan dan pabila dewasa logik akal telah menafsirkan,
Bahawa sesuatu yang hidup itu pasti akan mati..Seikhlas mana hati kita
memahami dan menerima semuanya sedangkan diri dan otak kita
bermaharajakan ALPA..
      Tanpa perlu kita minta, keihklasan sentiasa bersama kita, sebermula kita
melihat dunia sehingga nafas ditarik lelah menutup mata..Semuanya
terpulang kepada kita samaada ingin  bersinar secerah matahari atau
sesepi mereka yang tidak diterima bumi..
       Walau seberapa jauh kaki ini melangkah,sejauh mana berenang tetapi
tidak bergerak,kita mula berasa bahawa kita layak menilai segalanya
walaupun kekadang ianyanya diluar hijab pengelihatan kita,bersandarkan
bongkak,bertemankan nafsu,hanya kerana kita merasa semua dikeliling
kita adalah boneka yng tidak mempunyai akal..merasa kita seperti tuhan
yang mempunya kuasa,seperti raja yang menguasai negara,seperti ahli
silap mata yng boleh menduga dan membaca segalanya...
       Dasar manusia berasa mulia walau sebenarnya sehina-hina kita disisi
Di Atas yng memandang..mengharap semua yng datang tanpa perlu kita
usahakan,menabur janji tanpa perlu kita tunaikan,mengharap balasan
tanpa perlu kita memberi,mengharapkan kebaikan dengan kejahatan yng
kita lakukan..

No comments:

Post a Comment