Thursday 15 December 2016

JASA SI TUA


gambar ehsan google
Lahir didunia dengan sepenuh kasih dan sayang
dibesarkan dengan dikorbankan jiwa dan raga
diberikan semua walau tidak termampu olehnya
dihadiahkan segala yang tidak terimpi oleh kita
semuanya untuk kita yang DERHAKA
kita yang satu saat bakal lupakan mereka yang kini TUA
bakal membalas segala penat dan lelah mereka dengan keluhan
bakal membalas kasih sayang mereka dengan amarah beban
bakal membalas pengorbanan dengan alasan semata nafsu dunia
bakal membalas kesabaran mereka dengan herdikan bebanan

namun,tidak terlihat kesedihan,jernih air mata dihadapan kita
walau dilayan seperti pengemis,mengemis perhatian anaknya
mengharapkan memengang tangan anak kecil yang kini dewasa derhaka
ingin melihat senyuman sikecil yang dulu ceria tetapi kini mencuka
mahukan pelukan erat anak kecil yang kini semakin menjauh darinya

SiTua itu,ibu dan bapa kita
siTua yang dulu mengendong kita kemana sahaja
siTua yang tidakkan mampu kita balas jasanya
siTua yang menghabiskan masa hidupnya menyayangi kita
janganlah dibuang mereka.jagalah syurgamu.

acherol.ahmad
15/12/2016

Friday 8 May 2015

CINTA

gambar ehsan google.com
Lama x mengarut dalam nie,lepak minum membaca berita akhbar,melihat pasangan sosial remaja didepan mata,mendengar keluh masaalah semasa.Bila ingin bersuara dikatan tidak memahami apa itu cinta.Hurmmmm

CINTA
    Aku bukan orang yang selalu menyatakan cinta apetah lagi meluahkan.Ramai yang menyanyikan CINTA didalam rentak sumbang nafsu Duniawi dan ada yang mengalunkan dengan keindahan Manusiawi.Pada Aku pula CINTA adalah sesuatu yang saling melengkapi,seihklas hati memberi Dan menerima dalam segala yang menuju kebaikan.Memahami tanpa perlu difahami,Mengingatkan kita tentang kebaikan ketika hati membenci,mengenangkan kita bersenang dikala kita berduka,mensyukuri rezeki Dari yang ESA sedangkan dulu pernah Susah Dan meminta mengharapkan apa yang kita ADA hari ini.Mengampunkan yang mendatang dengan dosa kita yang lalu,Memberi sekarang dengan apa yang kita tidak mampu dahulu.Terlampau besar makna cinta tidakkan mampu ditulis walau ditebang pohon didunia walau dilaung ke dinding langit.Untuk berCINTA memerlukan kekuatan,sebeban gunung tanggungjawab yang akan dipikul,Terasa sekecil zarah dibahu jika ada keredhaan.Seindah matahari dan bulan kehidupan.Cinta pada PENCIPTA,cinta pada sesama INSAN yang kita panggil Ibu Bapa,Isteri,Anak,Saudara,Sahabat DAN cinta kita pada kelansungan kehidupan sebagai khalifah didunia,Amal yang dicari Pekerjaan seharian yang diberi.Moga kita bersama bercinta dan mencintai seterusnya berbahagia.

Mata melihat telinga mendengar Drama Boneka,Sosial remaja,kekejaman dunia,pecah belah saudara,bongkak jiwa dan mereka katakan semuanya atas nama CINTA.

Friday 14 March 2014

SERBAN DAN TONGKAT

gambar ehsan google



Kalam dunia yang pandai mencari,
Yang Lalai,Datang masaalah Berlari,
Yang Indah itu sentiasa Tersembunyi,
Melihat ZUHUD menyendiri,SEMBUNYI.

Kekadang Melihat,Berkata mata HATI,
Meraka Mengangkat DHAIR Sehari-Hari,
Tetapi segak Menari mengenang RUMI,
Pabila disatukan semua tidakkah Mati HATI.

Dikurniakan Perut BUmi TETAPI SENDIRI,
Tidakkah Mengkufur Nikmat ILAHI,
Bukan hanya PAKSI,Tanah Bumi Kaulihat BERLARI.

Tuesday 10 December 2013

Gambar Ehsan Google
[KITA RASA KITA HEBAT]

Wahai Bangsa
Negara bebas Merdeka
Megah berkibar panji Agama
Antara kita Porak-Peranda

Seharusnya kita Aman Sesama
Adat dan tatasusila dijaga

Junjung pada Agama
Sayang pada Bangsa
Berbakti pada Negara

Wahai saudara
Pemikiran kau kelangit tingginya
Kitab tidak pula kau buka
Berlagak Berilmu seluas Angkasa

Negara tanpa Bulan dan Bintang di Bendera
Nampak lebih Agamanya,Sopan santun dijaga
Masih berAdap tingkah lakunya

Tarian kita bagaikan Pengkhianat Ali Riza
Merasakan berkuasa dan memijak dunia
Berselindung disebalik pegangan bangsa

Friday 23 August 2013

DARAH MERDEKA

Selaut DARAH banyaknya,
Sebesar JAGAT pengorbanan mereka,
Mengorbankan NYAWA untuk BANGSA,
Semuanya untuk kita,
KITA,yang PELUPA...

Meraka MENENTANG demi NEGARA,
Mereka BERJUANG demi AGAMA,
Mereka BERKORBAN nyawa demi BANGSA,

Mereka menempah PUSARA,
DIRATAPI keluarga dan saudara...

KITA MERDEKA BERNYAWA,
BERDEKAH TERTAWA...

MEREKA berfikir untuk masa depan BANGSA,
Menjaga keharmonian dan keamanan NEGARA,
Walau siapapun!WARNA apapun!KITAB apapun yang dipegang!,
Asalkan TANAH MALAYA ini HATINYA,CINTANYA,MATINYA!
Walau di UGUT NYAWA,akan tetap mereka PERJUANGKAN,PERTAHANKAN...

Hiasilah sebukit EMAS sekalipun TUGUnya,
Bernyanyilah walau sehingga BERGEMA JAGAT RAYA,
BERARAK semengah manapun PERISAI JENTERA,
TERBELAKAH PERJUANGAN MEREKA?

Kita PEWARIS MEREKA,
kita BERHUTANG NYAWA pada MEREKA,
TANPA SEDAR...KITA LUPA...

SALAM MERDEKA UNTUK SEMUA.

Wednesday 3 July 2013

MEMAHAMI ITU ADALAH KEPERLUAN




Pict ehsan google
 Kekuasaan Alam yang terbengtang luas,banyk mengajar kita.Kekadang kita mengaitkan emosi dengan keluasan alam ciptaan tuhan seperti Amarah dikaitkan dengan panas nya matahari,suram dikaitkan dengan mendungnya bumi dan banyak lagi emosi dan perangai insan yang dikaitkan dengan JAGAT raya ini.Malah orang dulu menggunakan peri bahasa "kusangkakan panas berpanjangan tetapi hujan ditengah hari..Tetapi bersediakah kita menerima semua emosi dan perangai ini seperti marahnya kita kepada seseorang,benci melihat,cemburu dan sebagainya.Kita semua harus belajar menerima orang persekitaran kita,keluarga,saudara,sahabat,sahabat,tunang dan sebagainya..Ini adalah lah kerana seperti mana kita menyayangi hidup kita dan memerlukan JAGAT RAYA ini seperti itu jugalah kita memerlukan mereka mungkin hanya dalam halusnya masa dan minda kita belum mengerti dan menyedarinya..



Kita mengharapkan panas sepanjang hari,
Tetapi Allah menurunkan hujan ditengah hari,
Tanpa disedari kita dikurniakan keindahan Pelangi..

Thursday 16 May 2013

HATI LONGKANG

Gambar Ehsan Google
Perlakuan mengikut nafsu itu jahil,
Tindak balas kerana membalas itu tolol,
Menjatuhkan dan iri hati itu toyol,
Semua sikap diatas adalah BAHALOL..