Sunday, 16 September 2012

PENDUDUK YANG GILA

                                                            gambar ehsan dari google
Dahulu ada sebuah kampung yang hanya ada sedikit sahaja penduduknya.
Diketuai oleh seorang tok ketua dan mereka aman makmur sentiasa..Pesan tok
ketua bahwa kampung harus dijaga supaya ianya akan kekal aman
sentosa..bertahun berlalu penduduk bertambah kampung membesar tetapi
tidak berjiwa..rasa sayang mereka membuatkan mereka merasa seperti
raja berjiwa  menjaga keharmonian jiran tetangga..tok ketua yang
dahulunya berjasa dilupa namum tetap menjaga kampung demi semua..ramai
yang berjiwa raja menyanyikan irama dusta lirik cacian kepada tok
ketua..mereka berjaya menawan jiwa tetangga yang otaknya alpa..dasar
manusia tidak sempurna yang mudah lupakan jasa tetapi gemarkan lagu
tipuan durjana..kampung yang dahulunya kecil tetapi besar kasih sayang
nya dan kini hanya dipenuhi lakonan nista para raja tidak
beristana..walaupun selaut keringat tok ketua,walaupun sepertiga harta
bumi yang ditaburkan tok ketua,kampung itu tidak akan lagi berjaya
hanya menunggu masa runtuh dan dihina punca kebodohan manusia berotak
intan yang direka..


Hidup dalam dunia,
Ada kaca,Ada permata,
Ada yang mengaku wira,
Tetapi zahirnya gila..

Memapar wayang adaptasi dusta,
Memperlihatkan pekerti yang direka,
Suka dipuja tetapi jiwanya lara..
Sempurnakah hidup sebagai manusia..

No comments:

Post a Comment