Saturday, 15 December 2012

BONGKAH_KAYU

Ehsan Google


Bongkah kayu,
keras tidak akan layu,
Bongkak Melayu,
Mengangkat tinggi nafsu..

Banyak lalat,
Mulut manis kelat,
Segala puji untuk diangkat,
Hanya aku bermulut kesat..

Mereka pandai memutar memikat,
Medeklamasikan ayat mujarobat,
Memang lantas mereka diangkat,
Kerana aku berlidah jebat..

Friday, 16 November 2012

SESUATU YANG MENUNGGU


Bosan,penat,lesu pencarian ku,
Adakah akan berterusan hingga hayatku,
Sampai waktu,kuat tekanku pergiku laju,
Akhirnya sampai syurga duniaku..

Ia setia disitu,seperti selalu,
Mati disitu,hidup disitu,
Mungkin aku tepu tanpa mu,
Kau antara pemuas nafsu ku..

Nyawa mu ditanganku,
Hala mu hujung jariku,
Hiburkan daya impulseku,
Kerana kau satunya tv ku..

P/s terima kasih kepada semua yng menghadiahkan tv itu.. :D

Thursday, 1 November 2012

KITAB

memikir gusar,
mencelah balar,
berkata gentar,
senyumanmu tawar..

kesah jangan didengar,
keluh jangan dibakar,
cinta kurniaan,
bala itu ujian..

keras,kayu kepalamu,
batu,tamar salinan wahyu,
yang kau dan aku buru,
akhir nyawa tetap itu satu..

Thursday, 18 October 2012

MENERIMA CINTA

gambar ehsan dari google
Secekal semangat Hawa,
Seteguh cinta Adam,
Tercampak didunia,
Kerana syair dan gurindam..

Cinta agong turut diduga,
Inikan pula kita yang hina,
Cantik hanya hiburan mata,
Yang indah pekerti bagai sampah dilupa,
Yang dipandang luaran sahaja,
Lumrah manusia cinta yng cantik dimata,
hanya mencari hiburan dunia..

Dalam terang sinar kau mencari cinta,
Dalam pekat malam kau mencurah dosa,
Mencaci syariat cinta garisan agama,
Menyayangi mengikut jiwa durjana.

Kita mahukan segalanya yng indah,
Siuda mahukan dara secantik zulaika,
Sidara mahukan uda setampan yusuf,
Tetapi seperti URWAH kah peribadinya..

Kerana cinta allah kita bercinta,
Tetapi tidak ramai bercinta kerananya,
Betapa setianya MUGHITS mengaharp cinta,
Betapa tekad nya pula BARIRAH menolaknya,
Tidak terpisah kerana firmannya..

Friday, 12 October 2012

Pegangan Keramat

Gambar Ehsan Google
Sang Nela di hati bertahta,
Seguruan hamba menyapa Garuda,
Tekadku bersumpah puaka,
Awal dan Akhir pasti Derita..


-----------------------
---------------------------
-----------------
--------------------

------------------
--------------------
-------------------------
--------------

Tuesday, 9 October 2012

KUASA KATA

Gambar Ehsan Google
     Tanpa kita sedari,sesuatu yang cantik itu sebenarnya ikhlas..
Matahari dan bulan yang menerangi,sehijau mata tumbuhan yang bergunung
banyaknya,ombak yang ganas membadai pantai dan setenang sungai yang
mengalir.semua nya ihklas tanpa perlu kita bayar untuk menikmatinya
cuma cukup sekadar kita menghargainya..
      Bertahun kita didunia,sebermulanya nama tercatat dipohon
ARASH..Pernahkah kita seikhlas hati melakukan sesuatu perkara..
Sebesar mana keikhlasan kita itu?Adakah sebesar bumi ini?Seluas sinar
bulan dan matahari?
Sedari kecil telah diajarkan dan pabila dewasa logik akal telah menafsirkan,
Bahawa sesuatu yang hidup itu pasti akan mati..Seikhlas mana hati kita
memahami dan menerima semuanya sedangkan diri dan otak kita
bermaharajakan ALPA..
      Tanpa perlu kita minta, keihklasan sentiasa bersama kita, sebermula kita
melihat dunia sehingga nafas ditarik lelah menutup mata..Semuanya
terpulang kepada kita samaada ingin  bersinar secerah matahari atau
sesepi mereka yang tidak diterima bumi..
       Walau seberapa jauh kaki ini melangkah,sejauh mana berenang tetapi
tidak bergerak,kita mula berasa bahawa kita layak menilai segalanya
walaupun kekadang ianyanya diluar hijab pengelihatan kita,bersandarkan
bongkak,bertemankan nafsu,hanya kerana kita merasa semua dikeliling
kita adalah boneka yng tidak mempunyai akal..merasa kita seperti tuhan
yang mempunya kuasa,seperti raja yang menguasai negara,seperti ahli
silap mata yng boleh menduga dan membaca segalanya...
       Dasar manusia berasa mulia walau sebenarnya sehina-hina kita disisi
Di Atas yng memandang..mengharap semua yng datang tanpa perlu kita
usahakan,menabur janji tanpa perlu kita tunaikan,mengharap balasan
tanpa perlu kita memberi,mengharapkan kebaikan dengan kejahatan yng
kita lakukan..

Sunday, 16 September 2012

PENDUDUK YANG GILA

                                                            gambar ehsan dari google
Dahulu ada sebuah kampung yang hanya ada sedikit sahaja penduduknya.
Diketuai oleh seorang tok ketua dan mereka aman makmur sentiasa..Pesan tok
ketua bahwa kampung harus dijaga supaya ianya akan kekal aman
sentosa..bertahun berlalu penduduk bertambah kampung membesar tetapi
tidak berjiwa..rasa sayang mereka membuatkan mereka merasa seperti
raja berjiwa  menjaga keharmonian jiran tetangga..tok ketua yang
dahulunya berjasa dilupa namum tetap menjaga kampung demi semua..ramai
yang berjiwa raja menyanyikan irama dusta lirik cacian kepada tok
ketua..mereka berjaya menawan jiwa tetangga yang otaknya alpa..dasar
manusia tidak sempurna yang mudah lupakan jasa tetapi gemarkan lagu
tipuan durjana..kampung yang dahulunya kecil tetapi besar kasih sayang
nya dan kini hanya dipenuhi lakonan nista para raja tidak
beristana..walaupun selaut keringat tok ketua,walaupun sepertiga harta
bumi yang ditaburkan tok ketua,kampung itu tidak akan lagi berjaya
hanya menunggu masa runtuh dan dihina punca kebodohan manusia berotak
intan yang direka..


Hidup dalam dunia,
Ada kaca,Ada permata,
Ada yang mengaku wira,
Tetapi zahirnya gila..

Memapar wayang adaptasi dusta,
Memperlihatkan pekerti yang direka,
Suka dipuja tetapi jiwanya lara..
Sempurnakah hidup sebagai manusia..

Friday, 14 September 2012

SAHABAT GUA

Assalamualaikum,
Entry kali nie nak share lagu yng awesome makna lirik nyer.. nie entry kedua berkenaan share lagu
dalam blog nie..penyanyi yang sama iaitu sifu M.Nasir. tajuk lagu kali nie ialah SAHABAT GUA..
sedikit info mengenai perkataan didalam lirik ini berkenaan MARHEAN..dalam konteks lagu ini ianya mungkin bermakna rakyat atau hamba..KAMIL dalam lirik nie mungkin bermakna orang yang sempurna..klu sesiapa ada pendapat lain boleh lah kita sama2 share :D

Disini disertakan sekali lirik lagu nya:-

Sahabat Gua

Berapa banyak bintang di langit
Engkau hafali ya Sahibul Kahfi
Tak akan sama bintang yang satu ini
Yang kau kenali di dalam hati

Terang walaupun dia tersembunyi
Cemburukan matahari
Cahaya berseri-seri
Jika engkau kenali

Kita ditakdirkan lari
Jauh dari kezaliman
Terperangkap dalam gua ini
Hingga masa Tuhan tunjuk kebenaran

( 1 )
Mari ikut rentak ku
Rentak tari dulu-dulu
Lagu marhaen sederhana
Disini tiada duka
Terima saja dengan redha
Perananmu dalam dunia

( ulang 1 )

( 2 )
Kerana pegangan
Engkau hadapi
Dugaan ini ya Sahibul Kahfi

Kamil !
Kalimah kebenaran telah zahir
Tak usah engkau ragukan
Kita datang dari dia
Kita pulang padaNya

Banyak ayat mujarobat
Bisa menawarkan luka
Namun penyakit jiwa ini
Tak bisa ditawan tanpa penyerahan...

( ulang 1 & 2 & 1 2X )

Tuesday, 11 September 2012

PESANAN AYAHANDA

Pesan ayahanda tercinta,
Jadilah orang yang berguna,
Pejuangkanlah segala yang dicinta,
Tetapi apa makna keduanya?

Untuk menjadi orang yng berguna haruslah bertanggungjawab,terhadap
agama, ibu bapa,keluarga,saudara,sahabat,orang sekeliling kita.
Dan untuk memikul semuanya harus mempunya rasa cinta..
Kadang-kadang mereka menyakitkan kita,menghiris dalam leka hati manusia.
Kita sering meminta dan mengharapkan kemaafan,tetapi adakah kita
seorang yang memaafkan semua yang kita cinta?
Semoga dapat aku memengang keduanya sehingga ahkir nyawa..

Tuesday, 4 September 2012

MELEPAK

gambar ehsan google.com
venue:Shopping complex
Date:Lupa
Activity:Berjalan2

Hurmm,bosan dengan pandangan kehidupan,Muak dengan rengekkan bicara dusta insan,Mereka menyanyikan duka kehidupan bagaikan dunia ini kejam tidak Bertuhan.Dahulu kita berjalan mendongak tinggi melihat harapan,tetapi kini mendongak berdadakan keegoan.Cinta dahulu itu kesetian,zaman sekarang hanya menjadi mainan perasaan.Jangan melihat orang..kita sendiri yang kejam,tidak adil,lemah,membenci,mendera,mencaci itu semua kita sendiri yng lakukan.

Agama bukan untuk diabaikan,
Keluarga bukan untuk dilupakan,
Saudara bukan untuk direnggangkan,
kasih bukan untuk dipersendakan,
Sahabat bukan untuk dilawan,
Nawaitu menentukan kebaikan..

Diam-diam ada pohon melintang jalan,Ada batu melindung udang,dalam menyorok ada yang memandang..


Thursday, 30 August 2012

TIDAK DITERIMA BUMI

gambar ehsan google.com

Kekuasaan kau palsu,
Merobohkan pegangan bangsa mu,
Memadamkan semua lampu,
Kau khianati agama mu.

Kau al-ghazi pilihan,
Berkibar panji sufi tanda keagongan,
Nafi dan isbat sandaran kerajaan,
Cahaya untuk semua kegelapan,
Semuanya itu kau runtuhkan.

kau menari rentak ali-riza,
Kau datang dari benihnya,
Bebas terawang didunia,
Punca tangisan bangsa..

Semua ini kekuasaannya,
Tanda kebesaran yng maha esa,
Apabila jasad kau tidak diterima,
Hampir dua dekad diperlihatkan dunia..

Celahan batu tempat semadi,
Tanda kekuasaan ilahi,
seluruh tanah bumi mencaci..

Wednesday, 29 August 2012

SESAT


Ketika bulan menjauhkan diri dari matahari,
Ketika embun muncul di pepohon bumi,
Ketika semut bumi dilena mimpi,
Ketika ini seorang diri ditemani sunyi.

Empat kaki beguling tari,
Hasil dari isian bumi,
Bergerak bertuankan kaki,
Arah tujuan tangan kemudi.

Resah mengunjungi sanubari,
Pepohon menari,cengkerik menyanyi,
Kawasan ini ramai penghuni tetapi sepi,
Disini nanti tempat kita kembali,
Diatasnya bertiang seri,
Alamatnya nama bertulis jawi.

Disini perjalanan ku terhenti,
Kutekan kaki tetapi tetap disini,
Hati resah bagai berlari,
Kaki seperti dipasak bumi.

Jalan ini sepi,
Sesepi penghuni disini,
Tiada yang menghampiri,
Dingin menghinggapi,
Pepohon tidak menari,
Semuanya bagai terhenti,
Bibir menyanyi kursi..

Jika pintu disandar penyapu,
Hijab mata kekadang palsu,
Tetap teguh lah hatiku untuk Mu,
Hanya memohon Engkau yng satu..

Thursday, 23 August 2012

BILA RUMI MENARI


Assalamualaikum,entry kali nie nak share lagu kesukaan yng awesome makna lirik nyer :. Ader banyak sebenarnya tapi untuk entry ni saya share satu lagu jer dulu.. Klu lah kita semua dapat fahami bertapa indah liriknya.. :

BILA RUMI MENARI
Kita menari bukan sebarang tarian
Asalnya dari tanah orang-orang pilihan
Bila terdengar masnawi ciptaan maulana
Ku bunuh nafsu lebur rantainya dari badan

Hingga hilang bangga diri
Berani hidup berani mati
Bagai musafir bertemu janji
Ini Darwis sudah gila berahi

Kita tak rindu pada siasah dunia
Perangkapnya membuat manusia hampa
Untuk bertemu impian bukan percuma
Mengorbankan yang tersangat kita cinta

Bagai Yunus dimakan paus
Ibrahim tak makan api
Bertemu kekasih di malam kudus
Luka di badan tak terasa lagi
Pukullah rebana jantungku bersyairlah maulana
Aku mabuk hakiki mendengar suaramu

Sayang... pada mereka yang tak mengerti
Sayang... pada hati tertutup mati
Bagai sangkar tanpa penghuni
Burung berharga terlepas lari

Rindu (ya maulana)
Kembali bertemu (ya maulana)
Hatiku merindukan pemiliknya (ya maulana)
Rindu (ya maulana)
Kembali bersatu (ya maulana)
Kembali bersatu dengan yang dikasihi

Rindu (ya maulana)
Kembali bertemu (ya maulana)
Hatiku merindukan pemiliknya (ya maulana)
Rindu (ya maulana)
Kembali bersatu (ya maulana)
Kembali bersatu dengan kekasih

KAU YANG AKU SAYANG


Melihat mu,
Memegang mu,
Mengusap mu,
Mebelai mu..

Bahagia pabila melihat mu,
Tidak akan pernah aku mensia-siakan mu,
Tidakkan ku jemu  meletakkan jemari ku,
Warna warni hidupmu itu membahagiakan ku.

Lama sudah kau bersamaku,
Dahulunya hanya memujamu,
Takdir tersurat kau menjadi milikku,
Bagaikan satu dunia kau berikan padaku..

Moga kita akan tetap bersatu,
Melayari dunia yng serba baru,
Kau selalu menuruti kemahuanku,
Moga kau dan aku tetap bersatu,
Walaupun telah lahir I PAD yng baru...

Hehehe rilek Bro jangan nak emosi sngt lah kannn..

AYAH DAN IBU

Cinta kau memberikan kehidupan,
Sayangmu menghadiahkan kebahagian,
Kerana kau aku mengenal belbagai perasaan,
Hayatmu selalu berkorban..

Ayahanda dan Bonda ku sayang,
Kasih sayangmu tidak pernah kontang,
Marah tamparmu tanda sayang,
Tidak pernah ku merasa bagai seorang..

Moga akan kutetap kenang jasamu,
Walaupun arah melintang lalu,
Walaupun pilihan datang bertalu,
Walaupun dompet penuh debu..

Akan cuba ku utamakan,
Akan cuba ku pertahankan,
Akan cuba ku sematkan,
Semoga dapat janji ini kukotakan...

Tuesday, 21 August 2012

HARUMAN CENDANA


Pagi ini,pagi kesyukuran,
Pagi ini,pagi kemaafan,
Pagi ini bergema laungan kemenangan,
Pagi ini mata bergenangan,

Yang hidup diziarahi,
Yang pergi diingati,

Assalamualaikum ahli kubur,
Melangkah masuk ingatan luhur,
Jasad umpama tidur,
Kepala dipaling membelakangi timur.

Pagi ini ramai yang melawati,
Usap tangis didengari,
Mengingati mereka yng telah pergi,
Tapi lalang penuh menghiasi..

Yng hidup pasti mati,
Telah termaktub azali,
Sedekah doa bibir menari,
Air mawar disirami,
Sampai masa berjumpa lagi..

Thursday, 16 August 2012

TELANJANG

Ilmu itu pakaian,
Kelak hidup tidak tertekan,
Tidak sonsang sehingga tanah menekan,
 Dihormati oleh semua insan.

Waktu berjalan diperhati orang,
Tidak gusar apa yang datang,
 Berjalan melambai mencampak uwang,
Tidak sedar berlari telanjang..

 Rumah bagaikan kayangan,
Apa yang mahu akan diadakan,
 Hidup selalu berdendang,
Tidak sedar menari telanjang..

 Ketika senang,jemputan datang,
 Sedar di padang kau dan aku telanjang,
Bezanya dulu ada yang menari berbenang,
Dari mula dan akhirnya ko tetap telanjang.

Wednesday, 15 August 2012

KAU DAN AKU SATU

Mengapa bermasam bermuram durja sayang,
Dugaan yng datang tandanya sayang,
Rasa sunyi seperti dibuang,
Cermin lah diri apa yng dipegang.

Jika kau rasa dirimu kemarau kontang,
Jangan disalahkan diatas yng memandang,
Rezeki kita sendiri yng buang,
Hidup ini harus berjuang.

Lihat kah kau,
Bacakah kau,
Renungkah kau,
Pegang kah kau.

Ku singkap az-zaariyaat Mu,
Ku sembah hanya pada Mu yng satu,
Terpaku berdiri ku kaku,
Tertunduk jatuh berasa malu,
Telah Kau bersumpah untuk ku.

Kita yng lalai,melangkah longlai,
Sayang Kekasihnya kita yng abai,
Sendiri yng tidak mahu menilai..

Debu diterbangkan angin
Hujan jatuh darinya awan
Kapal berlayar didasar lautan
Semuanya yang dikotakan..

Jangan kau bermurung lagi sayang,
Rautkan senyuman ihklas tenang,
Kata2 sayang sudah kudendang,
Cinta insan ku hanya kau seorang,
Bahtera kita pastikan bergongcang,
Ingat padanya tangan berpegang,
Semoga kebahagian kita cepat datang..

Tuesday, 14 August 2012

TANAH


Asal nya kita dari tanah.
Ingin nya pula seperti udara.
Tanah adatnya setia dibawah,
Tapi mahunya bebas menghembus murka.

Usahakan lah Asal kita,
Disiram ,dibaja dan dijaga,
Walau udara datang menghembus durja,
Tetaplah disitu pegangan kita,
Demi harta di hari muka,
Dipandang umpama Raja.

Sentiasa dibawah,dipijak,digadai,
Itu lah kita,hakikinya hanya abdi,
Walaupun jauh pandangan tidak bertepi,
Walau menjangkau setiap pelusok bumi,
Kita tetap ciptaan ilahi.

Suburkah hati,di jemput mati.??

LALANG


Hitam hati,Putih warna,tanda asal nampak damai tetapi semak didepan mata..LALANG..
Kiri dan kanan halanya,Menunduk harta menjunjung dunia semata.Semuanya untuk sendiri,diri sendiri..LALANG..Mulut menyanyi sayang.Hati mendendang benci.Angin bertiup tenang,lalang berbunyi garang.