Wednesday, 13 March 2013

MEMANDANG USIA

Gambar Ehsan Google
PONTENG SEKOLAH

Ade seorang budak pernah tanya aku "Abang pernah ponteng sekolah tak?" :D hanya senyuman yng dapat aku jawab..Sebab dulu memang aku ada ponteng  sekolah :D.Cuma beza nyer zaman dulu dan zaman sekarang ialah bebudak dulu walaupun ponteng sekolah tapi diorang MENEROKA DUNIA :D..Tak macam bebudak sekarang ponteng sekolah lepak cybercafe tak pun sebab bercinta monyet:D..Kenapa aku cakap meneroka dunia?? Hahaha  aku dulu pernah ponteng sekolah pastu pergi muzium kat bangsar,planetarium,petrosains(sebab keluarga susah x pernah bawak aku pergi sana :D) dan aku pernah ponteng sekolah sebab nak pergi mandi kat uluyam dan siap camping kat templerpark :D haha..Dan bnyk benda2 lain seperti melepak kat pasar seni,tengok wayang dan macam2 lagi..Dan bersyukur aku terlebih awal kenal dunia sebab ada orang yang umur dah tua baru nak kenal dunia,tiap2 malan pergi dangdut,kelab,perempuan,jadi abanglong kawasan,ayahanda terhebat dan ahkirnya bongok bawak sampai kemati..Ramai aku ingin berterima kasih sebenarnya seperti keluarga,kekasih iaitu bini aku sekarang :D,sahabat handai,Brother BOB,CIK ENON,saudara,adik-beradik ke bulan,adik-beradik merah,adik beradik putih(hehehe) dan ramai lagi..Haih pengalaman banyak mengajar dan mematangkan bagi meraka yang membuka hati dengan pemikiran yang terbuka..Jika permasaalahan boleh diibaratkan seberat gunung,jangan pernah takut untuk mendaki kerana apabila bila berada dipuncak kita dapat melihat ciptaan tuhan dan mungkin disebalik nyer telah ditentukan keindahan untuk mereka yang mencuba dan berusaha..

Tujuh pertala tinggi cita-cita,
Berlekuk Gunung dan Ganang dugaannya,
Bulan dan Matahari memamah usia,
Tujuh lautan penghapus dahaga..

Thursday, 7 March 2013

MEMASAK BUMI

Gambar Ehsan Google
Salam pada mereka yang memandang,
Mohon ampun dan diampun dari segala yang datang
Jangan menjelma  tanpa diundang,
Walau setinggi langit akan tetap ku tentang.

Tujuh kecantikan warna pelangi,
Tujuh buah naga menari,
tiga puluh jari akhirnya didahi,
Tikam jasad hati tidakkan mati..

Bajuku bukak buang,
Seribu yang datang,
Sedarahku kau cincang,
Kau datang tanpa diundang.

Berdiam diri tapi dicari,
Aku bisu pekak,tuli,menyendiri,
Kau tetap gali sepelusuk bumi,
Kini kau temui,Aku takkan lari..

Ini janji.
Ini janji.
Ini janji..

Akan tetap berdiri walau seorang diri,
Walau putih keringat membasahi,
Hingakan merah darah menghiasi,
Akan ku tunggu sehingga dijemput mati..

Saudaraku kiri dan kanan,
Aku ingin sendiri tidak berteman,
Bukannya bermemek muka rupa jantan,
Hanya zahir janji pegangan..