Tuesday, 10 December 2013

Gambar Ehsan Google
[KITA RASA KITA HEBAT]

Wahai Bangsa
Negara bebas Merdeka
Megah berkibar panji Agama
Antara kita Porak-Peranda

Seharusnya kita Aman Sesama
Adat dan tatasusila dijaga

Junjung pada Agama
Sayang pada Bangsa
Berbakti pada Negara

Wahai saudara
Pemikiran kau kelangit tingginya
Kitab tidak pula kau buka
Berlagak Berilmu seluas Angkasa

Negara tanpa Bulan dan Bintang di Bendera
Nampak lebih Agamanya,Sopan santun dijaga
Masih berAdap tingkah lakunya

Tarian kita bagaikan Pengkhianat Ali Riza
Merasakan berkuasa dan memijak dunia
Berselindung disebalik pegangan bangsa

Friday, 23 August 2013

DARAH MERDEKA

Selaut DARAH banyaknya,
Sebesar JAGAT pengorbanan mereka,
Mengorbankan NYAWA untuk BANGSA,
Semuanya untuk kita,
KITA,yang PELUPA...

Meraka MENENTANG demi NEGARA,
Mereka BERJUANG demi AGAMA,
Mereka BERKORBAN nyawa demi BANGSA,

Mereka menempah PUSARA,
DIRATAPI keluarga dan saudara...

KITA MERDEKA BERNYAWA,
BERDEKAH TERTAWA...

MEREKA berfikir untuk masa depan BANGSA,
Menjaga keharmonian dan keamanan NEGARA,
Walau siapapun!WARNA apapun!KITAB apapun yang dipegang!,
Asalkan TANAH MALAYA ini HATINYA,CINTANYA,MATINYA!
Walau di UGUT NYAWA,akan tetap mereka PERJUANGKAN,PERTAHANKAN...

Hiasilah sebukit EMAS sekalipun TUGUnya,
Bernyanyilah walau sehingga BERGEMA JAGAT RAYA,
BERARAK semengah manapun PERISAI JENTERA,
TERBELAKAH PERJUANGAN MEREKA?

Kita PEWARIS MEREKA,
kita BERHUTANG NYAWA pada MEREKA,
TANPA SEDAR...KITA LUPA...

SALAM MERDEKA UNTUK SEMUA.

Wednesday, 3 July 2013

MEMAHAMI ITU ADALAH KEPERLUAN




Pict ehsan google
 Kekuasaan Alam yang terbengtang luas,banyk mengajar kita.Kekadang kita mengaitkan emosi dengan keluasan alam ciptaan tuhan seperti Amarah dikaitkan dengan panas nya matahari,suram dikaitkan dengan mendungnya bumi dan banyak lagi emosi dan perangai insan yang dikaitkan dengan JAGAT raya ini.Malah orang dulu menggunakan peri bahasa "kusangkakan panas berpanjangan tetapi hujan ditengah hari..Tetapi bersediakah kita menerima semua emosi dan perangai ini seperti marahnya kita kepada seseorang,benci melihat,cemburu dan sebagainya.Kita semua harus belajar menerima orang persekitaran kita,keluarga,saudara,sahabat,sahabat,tunang dan sebagainya..Ini adalah lah kerana seperti mana kita menyayangi hidup kita dan memerlukan JAGAT RAYA ini seperti itu jugalah kita memerlukan mereka mungkin hanya dalam halusnya masa dan minda kita belum mengerti dan menyedarinya..



Kita mengharapkan panas sepanjang hari,
Tetapi Allah menurunkan hujan ditengah hari,
Tanpa disedari kita dikurniakan keindahan Pelangi..

Thursday, 16 May 2013

HATI LONGKANG

Gambar Ehsan Google
Perlakuan mengikut nafsu itu jahil,
Tindak balas kerana membalas itu tolol,
Menjatuhkan dan iri hati itu toyol,
Semua sikap diatas adalah BAHALOL..

Thursday, 9 May 2013

NAN AMPEK

gambar ehsan google
Tetiba terbanyangkan bertapa meriah nya RANDAI bersama, andai kita masih menari,memukul pasak dan menampar bumi bersama.Tanah ini jatuh dan bangkit bangsaku menyarung amanat pusaka..semoga sekali lagi kita RANDAI bersama,gamatkan mereka yang membuka mata melihat bertapa gembiranya dahulu ketika muda,menyangjung hikayat bangsa..tidak pernah sesekali sesali saat yang dahulunya kita bersama dan kini masih bersaudara..

Ampek macam batang aka
Partamo syariaik
Kaduo tarikaik
Katigo hakikaik
Kaampek makripaik
Urang nan ampek golongan

Partamo niniak mamak

Kaduo cadiak pandai

Katigo alim ulamo

Kaampek bundo kanduang

Adaik nan ampek
Partamo adaik nan sabana adaik
Kaduo adaik nan diadaikkan
Katigo adaik nan taradaik
Kaampek adaik istiadaik

Monday, 15 April 2013

OTAK HAMA

Barisan sahabat setia,
Ditemani guru yang pandai berkata,
Yang otaknya sebesar hama,
Nyawa hanya layar cerita..

Barisan ini setia,
Ditemani guru yang tak berguna,
Berlagak bagaikan berakal raja,
Menutup cacat dengan kata senda..

Ditempat tinggi ini guruku sepi,
Barisan ini dinilai tanpa mereka disisi,
takut dibongkar kebodohan sendiri,
berdiri tegak menjaja diri..


Apabila dibenci,
Jangan sampai dicaci,
Ego jangan diangkat tinggi,
Kelak nyawa digalang ganti..

Tuesday, 9 April 2013

PENDUDUK YANG GILA_02

Gambar Ehsan Google
    Ada seorang wanita pewaris kampung yang penduduknya gila,Niat nya baik
seperti Tok Ketua..Walaupun usia nya muda tetapi Gigih dengan usaha..
Kedegilan kadang2 berguna tetapi ada masanya mencipta bencana..Sampai
bila ingin leka..Jika ingin tahu tentang dunia jangan silap orang yang
ditanya risau jika orang itu sebenarnya tidak berguna..Bijak tidak semesti nya dengan kata-kata..Kebaikan tidak semestinya dengan paras rupa..

   Kampung ini telah ramai dihuni orang muda yang gila,berlagak seperti
memahami dunia,akal nya seperti 100 tahun usia,hanya kerana berkawan
dengan wanita muda yang berkuasa..Meraka akan terus menjadi gila selagi
kampung ini terus membekalkan mereka dengan harta perwaris wanita muda dan hasil gigih usaha penduduk yang lama..

Mendengar tidak semestinya memahami,
Menolong tidak semestinya berbudi,
Bercerita kekadang untuk diri sendiri,
Pabila kebodohan akal diangkat tinggi.

Wednesday, 13 March 2013

MEMANDANG USIA

Gambar Ehsan Google
PONTENG SEKOLAH

Ade seorang budak pernah tanya aku "Abang pernah ponteng sekolah tak?" :D hanya senyuman yng dapat aku jawab..Sebab dulu memang aku ada ponteng  sekolah :D.Cuma beza nyer zaman dulu dan zaman sekarang ialah bebudak dulu walaupun ponteng sekolah tapi diorang MENEROKA DUNIA :D..Tak macam bebudak sekarang ponteng sekolah lepak cybercafe tak pun sebab bercinta monyet:D..Kenapa aku cakap meneroka dunia?? Hahaha  aku dulu pernah ponteng sekolah pastu pergi muzium kat bangsar,planetarium,petrosains(sebab keluarga susah x pernah bawak aku pergi sana :D) dan aku pernah ponteng sekolah sebab nak pergi mandi kat uluyam dan siap camping kat templerpark :D haha..Dan bnyk benda2 lain seperti melepak kat pasar seni,tengok wayang dan macam2 lagi..Dan bersyukur aku terlebih awal kenal dunia sebab ada orang yang umur dah tua baru nak kenal dunia,tiap2 malan pergi dangdut,kelab,perempuan,jadi abanglong kawasan,ayahanda terhebat dan ahkirnya bongok bawak sampai kemati..Ramai aku ingin berterima kasih sebenarnya seperti keluarga,kekasih iaitu bini aku sekarang :D,sahabat handai,Brother BOB,CIK ENON,saudara,adik-beradik ke bulan,adik-beradik merah,adik beradik putih(hehehe) dan ramai lagi..Haih pengalaman banyak mengajar dan mematangkan bagi meraka yang membuka hati dengan pemikiran yang terbuka..Jika permasaalahan boleh diibaratkan seberat gunung,jangan pernah takut untuk mendaki kerana apabila bila berada dipuncak kita dapat melihat ciptaan tuhan dan mungkin disebalik nyer telah ditentukan keindahan untuk mereka yang mencuba dan berusaha..

Tujuh pertala tinggi cita-cita,
Berlekuk Gunung dan Ganang dugaannya,
Bulan dan Matahari memamah usia,
Tujuh lautan penghapus dahaga..

Thursday, 7 March 2013

MEMASAK BUMI

Gambar Ehsan Google
Salam pada mereka yang memandang,
Mohon ampun dan diampun dari segala yang datang
Jangan menjelma  tanpa diundang,
Walau setinggi langit akan tetap ku tentang.

Tujuh kecantikan warna pelangi,
Tujuh buah naga menari,
tiga puluh jari akhirnya didahi,
Tikam jasad hati tidakkan mati..

Bajuku bukak buang,
Seribu yang datang,
Sedarahku kau cincang,
Kau datang tanpa diundang.

Berdiam diri tapi dicari,
Aku bisu pekak,tuli,menyendiri,
Kau tetap gali sepelusuk bumi,
Kini kau temui,Aku takkan lari..

Ini janji.
Ini janji.
Ini janji..

Akan tetap berdiri walau seorang diri,
Walau putih keringat membasahi,
Hingakan merah darah menghiasi,
Akan ku tunggu sehingga dijemput mati..

Saudaraku kiri dan kanan,
Aku ingin sendiri tidak berteman,
Bukannya bermemek muka rupa jantan,
Hanya zahir janji pegangan..